Rabu, 22 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM: KENAL PASTI JENIS AYAT (2)


1.Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan,
1.    Harap awak bersabar menghadapi dugaan hidup ini.
Ayat permintaan
2.    Hukumlah anak-anak sekiranya mereka tidak menghormati guru.
Ayat suruhan
3.    PergiIah kamu berhijrah ke negeri orang untuk mencari rezeki yang halal.
Ayat suruhan
4.    Mohon kerjasama para pelajar untuk mengosongkan dewan kuliah dengan segera.
Ayat permintaan
5.    Jangan meneonteng dinding kerana akan mencacatkan pemandangan di sini.
Ayat larangan
6.    Jemputlah datang ke majlis pertunangan adik saya pada minggu hadapan.

Ayat silaan

2. Nyatakan jenissjenis ayat berikut soma ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan,

(i)                          "Tengok barang•barang ini," kata penjual.
Ayat suruhan
(ii)                       Jemput datang ke majlis perpisahan pada petang ini.
Ayat silaan
(iii)                    Usah kau pedulikan budak itu.
Ayat larangan
(iv)                     Tolong hantar bungkusan itu kepada Ahmad.
Ayat permintaan
(v)                        "Makanlah kuih ini dahulu sebelum kamu pergi," kata ibu.
Ayat suruhan
(vi)                     "Ditegah berludah di kawasan ini," kata Mak Semah kepada Munah.
Ayat larangan

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016