Soalan 1:Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Kamu perlu membaca surat perjanjian
jual beli rumah itu dengan teliti sebelum menandatanganinya.
(ii)
Kerajaan telah mengambil beberapa
langkah untuk membantu pengusa indstri kecil dan sederhana.
(iii)
Kami telah menyenaraikan
peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan itu.
JAWAPAN:
(i)
-
Surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu
baca dengan teliti sebelum menandatanganinya.
-
Sebelum
menandatanganinya, surat perjanjian jual beli rumah itu perlu kamu baca dengan
teliti.
-
Perlu
kamu baca dengan teliti surat perjanjian jual beli rumah itu, sebelum
menandatanganinya.
-
Perlu
kamu baca surat perjanjian jual beli rumah itu dengan teliti, sebelum
menandatanganinya.
(ii)
-
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan
untuk membantu pengusaha industri kecil dan
sederhana.
-
Untuk
membantu pengusaha industri kecil dan sederhana, beberapa langkah telah diambil
oleh kerajaan.
(iii)
-Peralatan
yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan perdana itu telah kami
senaraikan.
-
Telah
kami senaraikan peralatan yang perlu dibawa untuk menyertai perkhemahan perdana
itu.
Soalan 2: Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Beta akan menganugerahi
beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
(II) Kawat berduri yang
berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
(III) Pengetua telah
melantik Cikgu Murani sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan
tugas.
Jawapan:
(I)
- Beliau akan beta anugerahi gelaran
Datuk kerana sumbangannya dalam bidang ekonomi.
-
Kerana sumbangannya yang besar dalam
bidang ekonomi gelaran Datuk beliau akan beta anugerahi.
(ii)
Kawasan di sekeliling rumahnya
dipagari oleh kawat berduri yang berlingkaran itu.
(iii)
- Cikgu Murani dilantik oleh
pengetua sebagal guru disiplin kerana ketegasannya
menjalankan tugas.
-
Kerana ketegasannya menjalankan tugas
Cikgu Murani telah dilantik oleh pengetua sebagai guru disiplin.
** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016