Selasa, 28 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM:AYAT TANYA



SOALAN 1:Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
                                                    
(I) Ibu ke pasar malam tadi
Jawapan: Bilakah ibu ke pasar ? atau Ibu ke pasar bila ?

(ii) Tuan Hj. Bao Salleh pengetua sekolah itu.
Jawapan: Siapakah pengetua sekolah itu ? 
Pengetua sekolah itu siapa ?

(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang kerana rajin belajar.
Jawapan:Mengapakah pelajar itu berjaya dengan cemerlang ?Apakah sebab pelajar itu berjaya dengan cemerlang ?

(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
Jawapan: Di manakah Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan ? Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu diadakan di mana ?

(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak melalui kerjasama  perpasukan.
Jawapan: Bagaimanakah pasukan itu berjaya menjadi juara bola sepak ?

(vi) Tiga  biji telur digunakan untuk membuat kek itu.
Jawapan: Berapakah biji/ berapa bijikah telur digunakan untuk membuat kek itu ?

 ** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016