Rabu, 22 November 2017

TUTORIAL PT3 & SPM: CAKAP AJUK CAKAP PINDAH


SOALAN 1: Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(a)            Altantuya : Yati, mengapa awak tak datang ke sekolah kemarin?
Altantuya ingin mengetahui sebab Rosmah tidak datang ke sekolah pada hari sebelumnya.
(b)            Rosmah: Maaflah. Saya ada hal di rumah.
Rosmah meminta maaf daripada Altantuya dan menjelaskan bahawa dia ada hal di ruinalniya
(c)Altantuya: Apa halnya? Ceritakanlah kepada saya. Andainya susah,sama-samalah kita tanggung.
Altantuya ingin tahu sebab Rosmah tidak ke sekolah dan meminta Rosmah menceritakan kepadanya.
Altantuya menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah. mereka akan menyelesaikannya bersama-sama
(d)            Rosmah: Sebenarnya ibu saya sakit. Dah seminggu terlantar di hospital.
Rosmah menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu terlantar di hospital.
(e)Altantuya: Oh, begitu! Semoga ibu awak cepat sembuh.

Altantuya terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Rosmah agar cepat sembuh.


Soalan 2:Tukar cakap ajuk dalam petikan di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

(a) "Fazhura bercadang menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman," kata Paula kepada sahabat baiknya Fazhura.

Paula memberitahu sahabat baiknya Fazhura bahawa dia bercadang untuk menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman.

(b)            "Eloklah tu. Fazhura. Suara awak memang merdu dan patut diketengahkan,' sokong Julia.

Fazhura menyokong hasrat Paula itu dengan menyatakan baha dia tahu suara Paula memang merdu dan perlu diketengahkan.


(c) "Tapi saya babang jika ibu bapa saya tidak mengizinkanya," ujar Paula.

Paula menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak mengizinkannya menyertai pertandingan itu tersebut

(d)            "Agaknya, macam mana saya hendak bercakap dengan mereka," Paula meminta pandangan Fazhura.

Paula meminta pandangan Fazhura tentang cara dia hendak mendapatkan keizinan daripada ibu bapanya.


(e)  'Mudah sahaja, awak katalah awak ada harapan dan dan berjanji akan menjaga diri dan nama balk keluarga," cadang Fazhura.

Fazhura memberi cadangan kepada Paula agar memberitahu ibu bapanya bahawa dia mempunyai harapan untuk menang dalam pertandingan itu dan berjanji akan menjaga nama baik diri dan keluarganya.

(f)  "Bagus juga cadangan awak tu. Baiklah saya akan cuba," balas Paula.

Paula bersetuju dengan cadangan Fazhura itu dan menjelaskan bahawa dia akan mencuba cadangan yang diberikan oleh Fazhura itu.

** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016