SOALAN 1:Tulis cakap
pindah di bawah dalam bentuk cakap
ajuk.
Teratai
menanyakan Cemphaka sebab dia nampak murung. Cemphaka memberitahu bahawa tiada
apa-apa dan kemungkinan dia keletihan kerana bersenam sebentar tadi. Teratai menyatakan
kesudiannya untuk berkongsi masalah jika Cemphaka ada masalah kerana baginya
mereka telah lama berkawan. Dengan rasa sedih merasakan bahawa dia tidak dapat
mengikuti perkhemahan semasa aktiviti kokurikulum nanti. Teratai dengan rasa
terkejut ingin memastikan sama ada Cemphaka yang telah dilantik sebagai ketua
semasa aktiviti itu. Cemphaka menerangkan yang sebenarnya dia perlu menjaga
ibunya yang sedang sakit, tambahan dia merupakan anak tunggal.
Jawapan :Menukarkan cakap pindah kepada cakap
ajuk
Teratai:
Mengapakah kamu nampak murung , Dahlia?
Cemphaka: Tidak ada apa-apa, mungkin saya letih
selepas bersenam tadi. Teratai Kalau kamu ada masalah, kongsilah dengan saya,
kita sudah lama berkawan.
Cemphaka: Em…rasanya saya tidak dapat mengikuti
perkhemahan semasa aktiviti kokurikulum nanti.
Teratai: Ha, bukankah kamu telah dilantik sebagai
ketua semasa aktiviti itu nanti?
Cemphaka: Masalahnya saya perlu menjaga ibu saya
yang sedang sakit, lagi pun saya anak tunggal.
Soalan
2:
Tukar cakap pindah di bawah ini
kepada cakap ajuk tanpa mengubah
maksud asalnya.
Hakim bertanya
kepada Xavier tentang kursus yang diambil olehnya di Akademi Seni Kebangsaan. Xavier
menjawab pertanyaan itu dengan berkata bahawa dia mengikuti kursus diploma
dalam bidang teater. Dengan perasaan kagum, Hakim berkata bahawa kursus yang
dipilih oleh Xavier itu pasti menarik minatnya. Xavier yang bersetuju dengan
pendapat Hakim berkata bahawa dia amat meminati kursus tersebut kerana teater
mampu meningkatkan perasaan yakin terhadap diri sendiri. Tambah Xavier lagi
bahawa dia juga dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon teater yang digemari
olehnya seperti Norlia Ghani, Acapan, Ruminah Sidek dan Jaafar Onn. Hakim
mendoakan kejayaan Xavier mencapai cita-citanya dan mampu menjadi pelakon atau
pengarah teater yang berjaya pada suatu hari nanti. Xavier yang berterima kasih
atas ucapan dan doa Hakim berkata bahawa semua kejayaan memerlukan usaha yang
tinggi.
Hakim : Apakah kursus
yang saudara ambil di Akademi Seni Kebangsaan?
Xavier : Saya mengikuti
kursus diploma dalam bidang teater.
Hakim : Wah. bagusnya!
Pastinya kursus tersebut amat menarik minat saudara.
Xavier: Betul kata
awak. Saya amat meminati kursus ini kerana teater mampu meningkatkan perasaan
yakin terhadap diri sendiri. Selain itu. saya juga dapat berjumpa dengan
pelakon-pelakon teater yang saya gemari seperti Norlia Ghani, Acapan, Ruminah
Sidek dan Jaafar Onn.
Hakim : Saya doakan semoga
impian saudara akan tercapai dan mampu menjadi pelakon atau pengarah teater
yang berjaya pada suatu hari nanti.
Xavier: Terima kasih. Semua ini mmerlukan
usaha yang tinggi.
** KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2016