adstera iklan 1
Label
ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
(17)
ANTOLOGI BINTANG HATI
(12)
ANTOLOGI SEJADAH RINDU
(11)
KERTAS SPM 1
(11)
LBMA
(1)
NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN
(14)
NOVEL HEMPASAN OMBAK
(5)
NOVEL SILIR DAKSINA
(7)
PKP
(1)
RA
(1)
SINTAKSIS
(19)
TINGKATAN 1
(1)
TINGKATAN 2
(2)
TINGKATAN 5
(2)
TUTORIAL
(15)
Jumaat, 27 Januari 2017
NOVEL HEMPASAN OMBAK TINGKATAN 3: TEMA DAN PERSOALAN
TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.
PERSOALAN:
1) Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik keluarganya.
2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara.
3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.
4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.
5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.
6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.
7) Persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.
Khamis, 12 Januari 2017
ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: CERPEN BAWOD
Sinopsis
Beluntung murid darjah enam di
Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir. Beluntung tinggal di Kampung Layong yang
terletak berhampiran dengan Sungai Layong. Beluntung mempunyai dua ekor haiwan
yang amat disayanginya, iaitu Bawod,seekor kambing dan Tuyog,seekor kerbau. Beluntung
mahu menjadi murid yang pandai dan dia berusaha gigih untuk memperoleh ilmu.
Beluntung terpaksa melalui enam batang sungai untuk sampai ke sekolahnya.
Beluntung ke sekolah dengan menunggang Tuyog. Bawod sangat takut akan air,
namun lama-kelamaan Bawod dapat menyeberangi sungai berkat kegigihannya.
Peristiwa itu memberikan semangat kepada Beluntung untuk berusaha dengan gigih
demi mencapai kejayaan. Di kelas, kawan-kawan Beluntung mengejeknya kerana
badannya berbau seperti kerbau. Beluntung tidak mempedulikan ejekan kawannya
kerana dia sememangnya datang ke sekolah dengan menunggang kerbau.
Pada masa rehat,
Beluntung mencari Bawod dan Tuyog. Tuyog seperti hilang arah apabila melihat
Bawod tiada. Beluntung mencari Bawod di padang, di kebun sekolah dan di jalan
raya, tetapi Bawod masih tiada. Apabila masuk ke kelas, Beluntung terkejut
apabila melihat Bawod berdiri di sebelah
Cikgu Rambuyat. Beluntung meminta maaf atas perbuatan kambingnya itu. Beluntung
membawa Bawod keluar sambiI memarahi kambingnya itu. Beluntung terfikir untuk
tidak membawa Bawod ke sekolah lagi kerana Bawod telah memalukannya. Bawod segera
berlari ke arah Tuyog. Rupa-rupanya, Bawod mahu memberitahu peristiwa Tuyog
sukar bernafas kerana tali telah melilit leher Tuyog. Beluntung berasa kesal
kerana telah memarahi Bawod. |
Semasa
pesta lumba kerbau diadakan, Tuyog turut menyertainya. Beluntung berasa agak
hairan apabila ayahnya tidak pergi ke pesta itu dan meminta Bawod ditambat. Ibu
Beluntung juga tidak pergi ke pesta itu kerana sakit. Tuyog telah menjuarai pertandingan
itu. Beluntung yang memperoleh wang RM 10.00 hasil kemenangan Tuyog mahu
membeli seekor kambing untuk menemani Bawod. Apabila pulang ke rumah
Beluntung
berasa pelik apabila melihat ramai orang di rumahnya. Beluntung terus mencari
ibunya. Beluntung berasa lega apabila melihat ibunya sihat. Walau bagaimanapun,
Beluntung masih tertanya-tanya sebab rumahnya dikunjungi orang kampung. Apabila
menemui ayahnya, barulah Beluntung tahu bahawa ayahnya mahu mengadakan kenduri
kesyukuran untuk meraikan kejayaannya yang memperoleh 98 peratus markah dalam
peperiksaan darjah enam. Beluntung terkejut apabila mengetahui Bawod telah
disembelih untuk majlis meraikan kejayaannya itu. Beluntung melutut di hadapan
Bawod yang telah mati. Beluntung meraung sambil memeluk Bawod. Beluntung
memberitahu orang ramai bahawa Bawod ialah sahabatnya. Ayah Beluntung
memujuknya dengan mengatakan bahawa Bawod telah berkorban untuknya.
ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3:CERPEN SEKEPING TANAH
Sinopsis:
Hisyam dan
abangnya, Harun membincangkan tanah pusaka mereka. Hisyam mencadangkan tanah
pusaka itu diuruskan sebaik-baiknya manakala Harun pula mencadangkan tanah
pusaka itu dijual dan wangnya dibahagi tiga dengan Halimah, kakak Hisyam.
Hisyam memberitahu abangnya bahawa dia dan Halimah tidak bersetuju tanah pusaka
itu dijual. Sebaliknya, mereka mahu membangunkan tanah itu dengan pembinaan
rumah kediaman mewah. Harun tidak bersetuju dengan hasrat adiknya mahu menubuhkan
syarikat keluarga dan menghina Hisyam yang tidak berkelulusan tinggi.
Dengan
perasaan rendah diri, Hisyam mengakui bahawa dia tidak pandai tetapi dia yakin
bahawa kakaknya, Halimah boleh menguruskan syarikat tersebut. Mereka berdua
telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat keluarga tersebut. Harun menambah
bahawa menguruskan syarikat keluarga memeningkan kepala. Hisyam pula menyatakan
bahawa menguruskan anak-anak pun memeningkan kepada. Harun teringatkan dua
orang anak lelakinya yang banyak menimbulkan masalah. Anaknya, Saleh terlibat
dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, manakala Musa terjebak dalam kegiatan
lumba haram. Sementara itu, ketiga-tiga orang anak Hisyam beijaya melanjutkan
pengajian mereka ke universiti. Pengurusan kondo tempat tinggal Hisyam di atas
tanah yang terhad menginspirasikannya untuk memajukan tanah pusaka orang tua
mereka. Harun pula tetap dengan keputusannya mahu menjual tanah tersebut.
Malam itu, Hisyam
berbincang dengan kakaknya, Halimah tentang penubuhan syarikat keluarga mereka.
Hisyam turut menjelaskan bahawa abangnya tetap tidak bersetuju dan ingin menjual tanah pusaka tersebut. Harun
tidak percaya terhadap kemampuan adik-adiknya menguruskan syarikat keluarga
yang akan ditubuhkan. Halimah bersetuju dengan tindakan Hisyam dan memberikan
kepercayaan kepada adiknya untuk menguruskan syarikat mereka.
Walau bagaimanapun,
Hisyam meminta kakaknya merahsiakan tindakan mereka membeli tanah tersebut
daripada pengetahuan abang mereka. Halimah akan berjumpa dengan
peguam untuk menguruskan perrnbelian tanah tersebut. Ketika mereka sedang
minum, Halimah menerijna panggilan telefon daripada Harun. Harun memberitahu
bahawa tanah pusaka mereka akan dijual. Halimah hanya bersetuju. Menurut
Hisyam, abangnya mungkin memerlukan wang.
Harun,
Halimah dan Hisyam menjual tanah pusaka mereka dengan harga RM6 625 000.00.
Harun dan Hisyam menerima wang berjumlah RM2 650 000.00 setiap seorang,
manakala Halimah menerima wang beijumlah RM1 325 000.00. Pada minggu itu juga
tertegak papan tanda di atas tapak tanah itu bahawa sebuah kondo mewah setinggi
25 tingkat akan dibina. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya,
Hisyam sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Harun mahu menelefon adiknya, namun dilarang
oleh otaknya.
Setelah
tiga tahun setengah, Kondo Jaya berjaya didirikan, Sebahagian besar pembeli
mengambil kunci pada hari itu. Harun ingin melihat pemilik kondo tersebut. Mata
Harun terbeliak apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah menyerahkan kunci
kepada pembeli. Wajah Hisyam dan Halimah kelihatan puas dan gembira. Harun
berundur dari situ sambil memendam rasa. Malam itu, Harun menelefon Hisyam.
Harun meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Hisyam dan Halimah
menubuhkan syarikat dan membeli tanah pusaka mereka. Kemudian, Hisyam menemui
kakaknya. Pada pertemuan itu Hisyam mendapat khabar anak Harun, Musa telah
dituduh membunuh dalam keghairahannya dengan kegiatan mat rempit. Hisyam
terkejut. Menurut Halimah lagi, sikap Harun yang membiarkan kegiatan anaknya
telah menjadi faktor berlakunya kejadian tersebut. Hisyam seterusnya
menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada kakaknya. Dia mahu memandu teksi
semula.
ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: CERPEN LEGASI TAPAI UBI
Cerpen Legasi Tapai Ubi karya
Ghazali Lateh
Sinopsis
Parjo
ialah anak kepada Wak Salikon. Ibu dan ayah Parjo mengusahakan perniagaan tapai
ubi. Parjo rajin membantu ibu dan ayahnya membuat tapai. Tapai buatan mereka
sangat sedap dan habis dijual pada setiap hari. Kawan-kawannya telah
mengelarnya sebagai Parjo Tapai. Parjo mengagumi ibu dan ayahnya begitu gigih
mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka sehigga dia dan adik beradiknya dapat belajar sehingga ke menara
gading.
Pada suatu hari, Parjo memberitahu Prof
Haidar bahawa mereka sedang melakukan kajian tetang tapai ubi yang dapat
mengurangkan penyakit kanser. Hasil kajian Parjo dan rakan sekuliahnya
membuktikan bahawa tapai ubi menghasilkan sejenis bakteria yang dapat mencegah
kanser. Parjo gigih melakukan kajian dan hasil
kajiannya menunjukkan keputusan yang
positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
Penemuan
Parjo dalam menghasilkan penawar telah mendapat pengiktirafan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Hasil kajian
Parjo telah dibawa ke peringkat antarabangsa. Sejak hari itu, Parjo sering
dijadikan tempat rujukan dalam kajian mencegah kanser.
Semasa
majlis konvokesyennya berlangsung, Parjo telah membawa ibu dan bapanya serta memberitahu
kepada pensyarah dan rakan-rakannya bahawa ayah dan ibunyalah menjadi sumber inspirasi atas kejayaannya itu. Permintaan terhadap tapai ubi ayahnya juga
semakin tinggi. Sebuah kilang tapai telah didirikan di Kampung Dr. Parjo
manakala Dr. Parjo kini, bergelar pensyarah perubatan dan beliau masih meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit lain.
TEMA
kesungguhan seorang remaja yang ingin
membuktikan bahawa makanan tradisi(tapai
ubi) dapat menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti kanser.
PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN
PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN
Persoalan
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Contoh
|
Kegigihan membawa kejayaan
|
Kegigihan
|
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai
kejayaan
|
Wak Salikon dan isterinya gigih mengusahakan
perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebah kilang.
|
Amalan hidup saling tolong-menolong
|
Tolong - menolong
|
Kita hendahklah hidup saling tolong- menolong
antara satu sama lain.
|
Parjo rajin membantu ayah dan ibunya membuat tapai
ubi.
|
Anak yang mengenang jasa ibu bapa
|
Mengenang jasa
|
Kita hendaklah menghargai jasa pengorbanan ibu bapa
kita.
|
Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam
ijazah berkat inspirasi ayah dan ibunya.
|
Tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat
|
Tanggungjawab
|
Kita hendaklah bertanggungjawab berkhidmat kepada
nusa dan bangsa.
|
Parjo ingin berkhidmat kepada masyarakat melalui
kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat mencegah dan merawat penyakit kanser
|
Rabu, 11 Januari 2017
ANTOLOGI BINTANG HATI TINGKATAN 3: PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA
SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta
Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara
Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan
kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka
melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar
oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan
kampung.
Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk
mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat
dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu
lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya
ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah
mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan
rendah dirii berjumpa Maharaja Indera
Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan
yang teruk.
Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda
telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin
semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di
pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang
diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina
pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas
yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang
kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu
dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan
rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala
isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.
Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan
pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya,
Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama
Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat
selama empat puluh hari empat puluh malam.
TEMA
Kesabaran
dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan
dalam meneruskan kehidupan.
PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN
PERSOALAN
|
LATAR
MASYARAKAT
|
NILAI
PENGAJARAN
|
PENGAJARAN
|
CONTOH
|
Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup
|
Masyarakat yang tabah dalam menempuhi dugaan hidup
|
Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup
|
Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka
dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh
pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan
|
Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya
|
Masyarakat yang penyayang
|
Kasih sayang
|
Setiap ahli keluarga mestilah memupuk amalan kasih
sayang
|
Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup
memenuhi segala permintaan isterinya.
|
Kemuliaan hati seorang raja
|
Masyarakat istana
|
Baik hati
|
Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan
susah
|
Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah
memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka.
|
Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga.
|
Masyarakat yang bertanggungjawab
|
bertanggungjawab
|
Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli
keluarga dengan menyediakan keperluan hidup kepada isteri dan anak-anak.
|
Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
|
Sikap tidak berperikemanusiaan
|
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
|
Prihatin
|
Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang
susah
|
Orang di pasar telah membaling dan memukul Si
Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.
|
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa
|
Contoh
|
1.
Tiga bulan
|
Selepas makan buku tebu dan ketupat,
Isteri Si Miskin mengandung.
|
2.
Petang
|
Si Miskin berada di tempat
pembuangan sampah
|
3.
Empat puluh
hari empat puluh malam
|
Majlis meraikan kelahiran Tuan
Puteri Nila Kesuma
|
4.
Malam
|
Si Miskin dan isterinya tidur di
hutan setelah dihalau penduduk kampung.
|
Latar Tempat
|
|
1.
Negeri Anta
Beranta
|
Si Miskin meminta sedekah dan
mencari rezeki.
|
2.
Hutan
|
Si Miskin dan isterinya tidur di
hutan setelah dihalau penduduk kampung.
|
3.
Di Pasar
|
Tempat Si Miskin dan Isterinya
dihina dan dilempar kayu
|
4.
Tempat
pembuangan sampah
|
Si Miskin menemukan ketupat dan
buku tebu.
|
GAYA BAHASA
1.
Diksi
·
Bahasa Istana
|
·
Baginda,titah,patik
|
·
Bahasa klasik
|
·
Hatta
|
·
Bahasa Arab
|
·
Allah
subhanahu taala
|
2.
Sinkope
|
·
Kehendakmu?
·
Jangan anakku bercerai
|
3.
Kata ganda
|
·
Berdarah-darah dan bengkak-bengkak
|
4.
Simile
|
·
Laparnya dan
dahaga seperti akan matilah rasanya.
·
Suaminya melihatkan
laku bininya seperti orang hendak mati rupanya.
|
5.
Repetisi
|
·
“ Jikalau ada
belas kasihan tuan hamba akan orang daif lagi
miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah yang
seburuk-buruknya….
|
6.
Anafora
|
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
|
7.
Responsi
|
Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi
buah-buahan
|
8.
Hiperbola
|
Hancurlah
segala anggotaku
|
Langgan:
Catatan (Atom)