Jumaat, 19 Januari 2024

 

Baca petikan di bawah dengan teliti.  Bina tiga ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang dicondongkan dalam petikan.

 Keistimewaan industri maya dan e-dagang ialah kaedah transaksi maya tanpa sempadan jarak atau waktu.  Industri maya menjalankan transaksi perniagaan menggunakan perantaraan elektronik seperti Internet, digital dan lain-lain.  Pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana laman sesawang industri maya dan membuat pemilihan belian.  Organisasi korporat yang menggunakan industri maya ini akan menaja khidmat pengurus sesawang yang dibayar royalti untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. 

Dipetik dan diubah suai daripada  `Industri Maya Kian Meletup’ Oleh Mustafa Dakian Dewan Ekonomi, April 2018

[6 markah]

JAWAPAN

Ayat Tanya

(i)                          Apakah keistimewaan industri maya dan e-dagang?

(ii)                       Bagaimanakah industri maya menjalankan  transaksi perniagaan?

(iii)                     Siapakah yang dibayar royalti untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan    mereka?