Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan nyatakan jenis ayat yang bergaris, sama ada Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan aiau Ayat Perintah. Anda perlu menyalin ayat itu semula dan menyatakan jenisnya.
Shida : Ara, apakah yang kamu fikirkan? Saya lihat
dari tadi dahi kamu berkerut-kerut.
Ara : Nah, cuba kamu baca berita ni! Geram betul
saya.
Shida : Kes penipuan cinta siber dalam talian. Saya pun
ada terbaca juga semalam dalam akhbar.
Ara : Semakin ramai kaum wanita yang
terpedaya dan mengalami kerugian hampir
puluhan ribu ringgit. Mereka tidak sedar ditipu kerana terleka dengan janji-janji
manis si penipu.
Shida : Benar sama sekali. Oleh itu, kita harus
berhati-hati dan perlu siasat terlebih dahulu
latar belakang seseorang yang baru dikenali.
Ara : Usah mudah terpedaya dengan apa-apa yang
dijanjikan oleh orang yang baru
dikenali ini.
Shida : Betul tu, Ara. Sekarang ini pun bermacam-
macam lagi kes penipuan dalam talian
yang timbul.
[6 markah)
SUMBER: JPN TERENGGANU, MODUL PERKEMBANGAN PELAJARAN SPM 2023,KERTAS 2