Khamis, 18 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 1 BM SPM 2023/2024 : MANFAAT INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

 


Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang dapat memikat hati  para pelancong dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budayan. Malaysia menerima pelancong dengan pintu terbuka. Dengan diversiti destinasi pelancongan yang menarik, Malaysia menawarkan pengalaman pelancongan yang serba lengkap dari pesisir pantai yang indah ke bandar bersejarah.

 

 

Aspek Faedah Pelancongan

Huraian

Contoh

Dapat Menjana Pendapatan

Pelancongan adalah sumber utama pendapatan negara melalui cukai dan hasil perbelanjaan pelancong di negara kita.

Penyumbangan langsung kepada KDNK melalui hasil pelancongan seperti Tourist Arrivals dan Receipts (TRI).

Mempromosikan Budaya Malaysia

Pelancongan memperkenalkan warisan budaya dan keunikan Malaysia kepada pelancong asing.

Pelancong dapat mengalami tradisi makanan, tarian, dan pakaian tradisional, meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap budaya Malaysia.

Membuka Peluang Pekerjaan dan Perniagaan

Industri pelancongan mencipta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Pembukaan hotel, restoran, dan perniagaan cenderamata memberikan peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi setempat.

Penutup

Keberkesanan industri pelancongan Malaysia bukan sahaja memberikan manfaat ekonomi sebaliknya memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan promosi budaya tempatan. Industri pelancongan merupakan pendorong membangunkan ekonomi negara dan agen pemberi impak positif kepada masyarakat tempatan.

 

SUMBER:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIRGUDANG BM SPM kertas 1 2023/2024