Isnin, 22 Januari 2024

 


Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat cakap ajuk yang bergaris kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.  

Pulang dari bandar, Tuk Ketua Nasmi terus ke surau untuk solat asar berjemaah. Selain di rumah. anak buah boleh berjumpa dengan Tuk Ketua Nasmi di surau. Tuk Ketua Nasmi sebenamya boLEh dibawa berbincang di mana-mana sahaja. Setibanya di tangga surau, Zali memberikan salam dan menyapa Tuk Ketua Nasmi.  

"Tadi Lebai Alang terbang. Tuk Ketua" kata Zali.   

"Hah. Lebai Alang terbang ke mana?" Tuk Ketua Nasmi terkejut, " 

Tidak lama tadi, lebai tertidur kerana keletihan. Tiba-tiba, dia tersedardan menyangka telah masuk waktu asar. Lebai pun bangun ambil wuduk lalu bang. Lebai Alang terbang. Sebenamya, waktu asar belum masuk lagi." 

 "Ish...kamu ini Zali._saya ingatlan betul-betul Lebai Alang terbang.” Kata Tuk Ketua Nasmi lantas tertawa.   

 

Dipetik daripada 'Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4' Kementerian Pendidikan Malaysia (6 markah]  

JAWAPAN 

Soalan 2 — Sintaksis (Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah)  

'Tadi Lebai Alang terbang, Tuk Ketua," kata Zali.  

1 Cakap Pindah: Zali memberitahu Tuk Ketua bahawa tadi Lebai Alang Terbang.  

 

"Hah, Lebai Alang terbang ke mana?" Tuk Ketua Nasmi terkejut.  

2 Cakap Pindah: Tuk Ketua Nasmi terkejut lalu bertanya arah Lebai Alang terbang.  

 

"Ish... kamu ini Zali, saya ingatkan betul-betul Lebai Alang terbang" kata Tuk Ketua Nasmi lantas tertawa.  

3 Cakap Pindah: Tuk Ketua Nasmi lantas ketawa dengan gurauan Zali sambil menyatakan bahawa beliau menyangka betul-betul Lebai Alang terbang.  

[Maksimum : 6 markah]