Sabtu, 20 Januari 2024

 


Baca petikan di bawah dengan teliti. Nyatakan ayat tersebut sama ada berpolakan Frasa Nama + Frasa Nan (FN+FN), Frasa Nama + Frasa kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) ataupun Frasa Nama + Frasa Sendi (FN+FS).

Malaysia berada pada kedudukan keempat daripada 10 negara teratas dalam menangani pegangan kehilangan hutan utama setakat 2023. Malaysia hampir berjaya mengekalkan kadar kehilangan hutan pada paras yang rendah. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia ialah negara mengurangkan kehilangan hutan utaman sebanyak 57 peratus pada tahun 2023. Berbanding negara serantau, pencapaian ini di kedudukan yang terbaik.  Kecemerlangan ini telah mengangkat nama negara di mata dunia. Kejayaan ini adalah untuk negara Malaysia terus memacu kecemerlangan yang berterusan.

Dipetik dan diubah suai daripada `Malaysia di Tangga Keempat Kurangkan Kehilangan Hutan oleh Irwan Sharizan Ismail. Berita Harlan. I Julai 2023

 

JAWAPAN

 

Malaysia FKberada pada kedudukan keempat daripada 10 negara teratas dalam menangani pegangan kehilangan hutan utama setakat 2023.

FN+FK

Malaysia FAhampir berjaya mengekalkan kadar kehilangan hutan pada paras yang rendah.

FN + FA

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia ialah FNnegara mengurangkan kehilangan hutan utaman sebanyak 57 peratus pada tahun 2023.

FN+ FN

Berbanding negara serantau, pencapaian ini FSdi kedudukan yang terbaik.

FN + FS

 Kecemerlangan ini telah FKmengangkat nama negara di mata dunia.

FN + FK

Kejayaan ini adalah FSuntuk negara Malaysia terus memacu kecemerlangan yang berterusan.

FN+ FS