Jumaat, 19 Januari 2024

 


Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kenal pasti dan tulis jenis ayat yang bergaris sama ada ayat silaan,ayat permintaan,ayat larangan dan ayat suruhan.

Syahran: Jemputlah masuk,Lukman.Selamat datang ke rumah saya. Lukman: Terima kasih atas undangan. Selamat Hari Lahir saya

ucapkan kepada Syahran. Semoga kamu sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.

Syahran: Terima kasih Lukman atas doa yang baik-baik. Semoga doa

itu berbalik kepada kamu dan sekeluarga juga. Makanlah apa-apa yang ada diatas meja itu.Janganlah kamu segan-segan pula.

Lukman:Baiklah Syahran.

Minta kamu tunjukkan dapur kepada saya kerana saya ingin membasuh tangan.

Syahran: Boleh,sila ikut saya.

Lukman: Terima kasih.

Dipetik dan diubahsuai daripada Cerpen‘Sahabat Dalam Kehidupan’ oleh Abdul Ahmad,

Jawapan

Ayat : Jemputlah masuk,Lukman.

Jenis ayat :Ayat silaan

 

Ayat: Makanlah apa-apa yang ada diatas meja itu

 Jenis ayat :Ayat suruhan

 

Ayat : Janganlah kamu segan-segan pula.

Jenis ayat :Ayat larangan

 

Ayat: Minta kamu tunjukkan dapur kepada saya kerana saya ingin membasuh tangan.

Jenis ayat :Ayat permintaan