Khamis, 18 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 1 BM SPM 2023/2024 : PERANAN MASYARAKAT DALAM MENGELAKKAN JENAYAH SIBER

 


Pendahuluan:

Jenayah siber merupakan ancaman digital pada era Revolusi Industri 4.0. Isu ini perlu diberi perhatian dan diambil Tindakan oleh masyarakat masyarakat. Jenayah siber merangkumi penipuan dalam talian, serangan siber, dan ancaman keselamatan digital. Pelibatan masyarakat dapat mencegah jenayah siber ini.

Jadual: Peranan Masyarakat dalam Mengelakkan Jenayah Siber

Huraian

Contoh

Isi    1 

Pendidikan Kesedaran Digital: Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang risiko dan amalan keselamatan digital.

Kempen pendedahan di media sosial, seminar kesedaran digital komuniti untuk meningkatkan kesedaran terhadap penipuan dan ancaman siber.

Isi 2

Penggunaan Teknologi Keselamatan: Mendorong penggunaan alat dan aplikasi keselamatan digital.

Masyarakat diajar untuk menggunakan perisian antivirus, VPN, dan alat keselamatan digital lain untuk melindungi peranti dan maklumat peribadi.

Isi 3

Penyediaan Pusat Sokongan Keselamatan Siber: Mewujudkan sumber sokongan di peringkat komuniti.

Pembentukan pusat sokongan keselamatan siber setempat untuk memberikan bantuan dan sumber kepada mangsa jenayah siber atau individu yang memerlukan panduan keselamatan digital.

 

 

Penutup

Kesimpulannya , kesedaran dan tindakan pencegahan jenayah melibatkan individu, masyarakat, negara adalah kunci kepada kejayaan dalam membendung ancaman jenayah siber. Umpama peribahasa ada meningatkan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Dengan memahami risiko dan kesan negatif jenayah siber ini, kita semestinya  membangunkan sistem pertahanan digital. Oleh itu, tanggungjawab dan  usaha oleh semua pihak dapat mencipta persekitaran siber yang selamat dan aman.

SUMBER:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG BM SPM kertas 1 2023/2024