Sabtu, 20 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 2 BM SPM 2023/2024 SINTAKSIS : AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF


 

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

 

Secara umum ramai menyedari kepentingan sarapan. Sebelum pergi ke sekolah  sarapan perlu diambil oleh setiap murid. Mereka boleh bersarapan sama ada di rumah, di kantin sekolah atau di premis makanan berhampiran dengan rumah. Setiap murid digalakkan mengambil sarapan untuk mengalas perut agar dapat memberikan tenaga sebelum memulakan pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan  diperlukan oleh otak untuk merangsang pemikiran dan mencerdaskan minda. Impaknya, murid dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dengan baik. Oleh itu, anak-anak perlu dipastikan oleh ibu bapa bersarapan dengan memilih menu yang disukai mereka.

 

Dipetik dan diubah suai daripada 'Faedah Mengambil Sarapan Pagi' oleh Poh Jing Min, Dewan Siswa, Bil. 09/2017

 

KLIK JAWAPAN DI SINI

Sumber: Modul Koleksi Item Percubaan SPM 2023 BM Kertas 2, MPSM CAWANGAN KELANTAN