Sabtu, 20 Januari 2024

 


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat-ayat bergaris yang berikut. Contoh Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak.

Subjek : Kek lapis Sarawak

Predikat : ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak

Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak. Kek lapis ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak,  Tahun Baharu Cina, dan Krismas. Pembuat kek lapis Sarawak telah melakukan pelbagai inovasi  dan segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Bagi  meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak pihak Malaysian Agricultural Research and  Development (MARDI) juga membantu para usahawan dengan menghasilkan mesin. 

 

JAWAPAN

 

Kek lapis ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak,  Tahun Baharu Cina, dan Krismas.

SUBJEK: Kek lapis ini

PREDIKAT: selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak,  Tahun Baharu Cina, dan Krismas.

 

Pembuat kek lapis Sarawak telah melakukan pelbagai inovasi  dan segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan.

SUBJEK: Pembuat kek lapis Sarawak

PREDIKAT: telah melakukan pelbagai inovasi  dan segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan.

 

Bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak pihak Malaysian Agricultural Research and  Development (MARDI) juga membantu para usahawan dengan menghasilkan mesin.

** Ini ayat songsang

** Tukar dahulu menjadia ayat biasa dengan rumus

Subjek+ Predikat

 

SUBJEK: Pihak Malaysian Agricultural Research and  Development (MARDI)

PREDIKAT: juga membantu para usahawan dengan menghasilkan mesin bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak

sumber: Soalan Percubaan SPM BM kertas 2, Jabatan Pendidikan Melaka