Isnin, 22 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 2 BM SPM 2023/2024 SINTAKSIS : AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF

 


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan ayat pasif yang bergaris di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

 

Senaman perlu dilakukan oleh seseorang jika ingin meningkatkan kecergasan jantung. Senanam yang dilakukan perlulah dapat meningkatkan kadar denyutan jantung melebihi kadar denyutan jantung normal. Tempoh masa sesuatu senaman perlu anda pilih berdasarkan bebanan setiap senaman itu. Untuk suatu sesi senaman yang baik, jangka masa yang sesuai disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah selama 30 minit.  

Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Kekal Aktif dan Cergas di Rumah’  

oleh Nursyuhada Mohd Sukri  

Dewan Kosmik Bil. 1 2022  

[6 markah

KLIK JAWAPAN DI SINI