Sabtu, 20 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 2 BM SPM 2023/2024 SINTAKSIS : SUBJEK DAN PREDIKAT

  


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat-ayat bergaris yang berikut. Contoh Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak.

Subjek : Kek lapis Sarawak

Predikat : ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak

Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa di negeri Sarawak. Kek lapis ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak,  Tahun Baharu Cina, dan Krismas. Pembuat kek lapis Sarawak telah melakukan pelbagai inovasi  dan segi rasa dan rupa agar kek ini terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Bagi  meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak pihak Malaysian Agricultural Research and  Development (MARDI) juga membantu para usahawan dengan menghasilkan mesin. 

KLIK JAWAPAN DI SINI

sumber: Soalan Percubaan SPM BM kertas 2, Jabatan Pendidikan Melaka