PENDAHULUAN
seorang
pemimpin merupakan individu yang memimpin dan mengarahkan suatu kumpulan atau
organisasi. Pemimpin memainkan peranan penting dalam membentuk matlamat,
mengambil keputusan, dan memberi arahan kepada pasukan
Ciri Pemimpin |
Huraian |
Contoh |
1. Integriti |
Menonjol dengan
tindakan dan keputusan yang berasaskan nilai-nilai etika. |
Pemimpin yang konsisten
mempraktikkan nilai-nilai moral dalam setiap keputusan dan tindakan seperti
Nelson Mandela. |
2. Ketegasan |
Memiliki kemampuan
untuk membuat keputusan serta mengekalkan fokus pada matlamat. |
Steve Jobs, pengasas
Apple, dikenali dengan ketegasannya dalam mewujudkan produk inovatif walaupun
menghadapi cabaran besar. |
3. Empati |
Memahami dan menghargai
perasaan dan keperluan individu dalam pasukannya. |
Melinda Gates sering
terlibat dengan aktiviti amalan kebajikan, menunjukkan kepekaan dan perhatian
terhadap isu-isu sosial yang mempengaruhi masyarakat. |
4. Visi yang Jelas |
Memimpin dengan tujuan
dan visi yang memberikan inspirasi kepada orang lain. |
Elon Musk, pengasas
SpaceX, mempunyai visi jelas untuk menjadikan manusia meneroka angkasa dan
merangka langkah-langkah untuk mencapainya. |
PENUTUP
Pemimpin
yang baik bukan hanya menggerakkan perubahan, tetapi juga menjadi teladan bagi
generasi seterusnya.
SUMBER:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG BM SPM kertas 1 2023/2024