Sabtu, 20 Januari 2024



Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian cerakinkan ayat-ayat dalam petikan supaya menjadi enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya. 

 

Pokok bunga telang ialah spesies tumbuhan kekacang yang tumbuh menjalar dengan melilit tumbuhan lain di sekelilingnya dan mempunyai bunga berwarna ungu terang. Masyarakat Melayu sememangnya gemar menggunakan bunga telang sebagai pewarna alami dalam makanan kerana bunga telang bukan sahaja memberikan warna biru semula jadi yang cantik, menarik dan segar tetapi juga makanan yang dihasilkan  selamat daripada bahan kimia.     

 

Dipetik dan diubah suai daripada hellodoktor.com 

[6 markah]

JAWAPAN

Cerakinkan ayat-ayat dalam petikan supaya menjadi enam ayat 

 

1. Pokok bunga telang ialah spesies tumbuhan kekacang.

 2. Pokok bunga telang tumbuh menjalar dengan melilit tumbuhan lain di sekelilingnya. 

3. Pokok bunga telang mempunyai bunga berwarna ungu terang. 

4. Masyarakat Melayu sememangnya gemar menggunakan bunga telang sebagai pewarna alami dalam makanan. 

5. Bunga telang memberikan warna biru semula jadi yang cantik, menarik dan segar.

6. Makanan yang dihasilkan selamat daripada bahan kimia. 

[Maksimum : 6 markah]

SUMBER: TREND LAYAK SIJIL SPM 2023  BAHASA MELAYU  Kertas 2, MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA  (CAWANGAN PULAU PINANG)