Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat
pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Secara
umum ramai menyedari kepentingan sarapan. Sebelum pergi ke sekolah sarapan perlu diambil oleh setiap murid.
Mereka boleh bersarapan sama ada di rumah, di kantin sekolah atau di premis
makanan berhampiran dengan rumah. Setiap murid digalakkan mengambil sarapan
untuk mengalas perut agar dapat memberikan tenaga sebelum memulakan
pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana makanan diperlukan oleh otak untuk merangsang
pemikiran dan mencerdaskan minda. Impaknya, murid dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajaran dengan baik. Oleh itu, anak-anak perlu
dipastikan oleh ibu bapa bersarapan dengan memilih menu yang disukai mereka.
Dipetik dan diubah
suai daripada 'Faedah Mengambil Sarapan Pagi' oleh Poh Jing Min, Dewan Siswa,
Bil. 09/2017
JAWAPAN
Sebelum pergi ke sekolah sarapan perlu diambil oleh setiap murid.
Setiap murid.perlu mengambil sarapan sebelum pergi ke
sekolah
makanan
diperlukan oleh otak untuk merangsang pemikiran dan mencerdaskan minda
otak memerlukan makanan untuk merangsang pemikiran dan
mencerdaskan minda
anak-anak
perlu dipastikan oleh ibu bapa bersarapan dengan memilih menu yang disukai
mereka.
Ibu
bapa perlu memastikan anak-anak bersarapan dengan memilih menu yang disukai
mereka.
Sumber:
Modul Koleksi Item Percubaan SPM 2023 BM Kertas 2, MPSM CAWANGAN KELANTAN