Jumaat, 19 Januari 2024

LATIHAN KERTAS 1 BM SPM 2023/2024 : MANFAAT MELANCONG BERSAMA KELUARGA DI PANTAI

 



1.   Mengeratkan Silaturahim:

·         Huraian: Melancong bersama keluarga di pantai memberikan peluang untuk berkumpul, berinteraksi, dan memgeratkan hubungan antara ahli keluarga.

·         Contoh: Aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain permainan pantai, aktiviti air, atau berkelah

·         dapat memupuk sikap kasih sayang antara ahli keluarga.

 

2.   Menenangkan Fikiran:

·         Huraian: Suasana pantai dengan bunyi ombak yang menenangkan dan pemandangan laut yang luas memberikan pengalaman santai

·         dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental.

·         Contoh: Berjalan di tepi pantai, duduk bersantai sambil menikmati pemandangan laut,

·         dapat mengembalikan ketenangan fikiran.

 

3.   Menikmati Keindahan Alam Semula Jadi:

·         Huraian: Pantai yang dikelilingi  keindahan alam semula jadi seperti matahari terbenam, pasir putih, dan ekosistem laut yang memukau,

·         memberikan pengalaman yang memuaskan untuk dinikmati bersama keluarga.

·         Contoh: menikmati matahari terbenam, berjalan di pasir pantai, atau menyelam untuk meneroka kehidupan dasar laut,

·         dapat menciptakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

 

sumber: SOALAN PERCUBAAN SPM 2023 BM  KERTAS 1 PEJABAT PENDIDIKAN BANGSAR PUDU