Isnin, 22 Januari 2024

 



Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat yang bergaris dengan tepat. Anda perlu menulis jamtspan mengikut contoh seperti di bawah.  

Pola ayat: FN: FK 

 

Gerhana bulan terjadi apabila bumi berada di antara bulan dengan matahari, iaitu ketika fasa bulan pumama.Dengan kedudukan sedemikian, bumi menghalang cahaya matahari dan menyebabkan bayang bumi mengunjur jauh ke angkasa. Kemuncak gerhana bulan ialah pada pukul 11:19 (waktu universal). Seluruh fasa gerhana dapat dilihat di seluruh dunia. Tempoh gerhana bulan penuh paling lama hanyalah 14 minit, 28 saat.   

Dipetik dan diubah suai daripada `Gerhana Bulan Penuh 2021' oleh Kassim Ratak Dewan Kosmik 05/2021  

[6 markah]  

JAWAPAN 

i) bumi menghalang cahaya matahari dan menyebabkan bayang bumi mengunjur jauh ke angkasa. 

FN+FK 

FN: bumi [1 markah] 

FK: menghalang cahaya matahari dan menyebabkan bayang bumi mengunjur jauh ke 

angkasa.{1 markah]  

ii) Kemuncak gerhana bulan ialah pada pukul 11:19 (waktu universal). 

FN+FS 

FN: Kemuncak gerhana bulan [1 markah] 

FS: ialah pada pukul 11:19 (waktu universal) (1 markah] 

 

iii) Tempoh gerhana bulan penuh paling lama hanyalah 14 minit, 28 saat. 

FN+FA 

FN: Tempoh gerhana bulan penuh [1 markah] 

FA: paling lama hanyalah 14 minit, 28 saat [1 markah] 

SUMBER: JABATAN PENDIDIKAN SARAWAK, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2